OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)

OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)
OPERASI PEMBERSIHAN PENCEROBOH TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU DI TIMUR SABAH, MALAYSIA.

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu di Sabah
Showing posts with label Tragedi di Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Tragedi di Lahad Datu. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

TERKINI UPDATES : OPS DAULAT DITUMPUKAN KEPADA KAWASAN PAYA KG. SG. NYAMUK, KG. TG. BATU. KG. TG LABIAN DAN LAIN LAIN KAWASAN DI LAHAD DATU, SABAH.

Terkini Isu Lahad Datu : Operasi Daulat Diteruskan
OPERASI DAULAT DITERUSKAN SEHINGGA ZON MERAH BERSIH DARIPADA PENGGANAS
Gambar: 1Sabah

Kuala Lumpur, 16 Mac - Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina. 

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan esok.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militant dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu. 

Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. - BERNAMA










Pendekar Melayu 2013

Saturday, 2 March 2013

THE LAHAD DATU INVASION - PR (PKR) ADA MOTIF TERLIBAT ???


Insiden Lahad Datu: Dakwaan ‘Sandiwara’ Bukti Anwar Ada Saham..



INI biasalah, bila berlaku kejadian macam ini, pembangkang akan bangkitkan soal sandiwara, wayang UMNO dan sebagainya.  Sebetulnya nak sembunyikan penglibatan masing-masing saja.


Ambil contoh masa peristiwa Jenalek melibatkan kumpulan Al Maunah tahun 2000 dulu, pun sama juga, pembangkang (PAS) kata itu sandiwara kerajaan.  Sebab apa?  Sebab 6 dari 18  di antara anggota Al-Maunah itu merupakan ketua cawangan PAS, penyokong dan pensimpati PAS.


Idealogi dan cita-cita Al-Maunah ini pun sama macam PAS – nak menubuhkan negara Islam.  Cuma Al-Maunah guna pendekatan kekerasan sementara PAS guna pendekatan politik.


Tapi akhirnya kita tahu ini bukan sandiwara.  Ketua Al-Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali dan 2 pengikutnya yang lain (Zahit Muslim dan Jamaluddin Darus), telah dihukum gantung sampai mati pada 2006 kerana cuba melancarkan peperangan terhadap Yang Dipertuan Agung.

Sandiwara apa macam itu?

Jadi dalam kes di Lahad Datu ini, Tien Chua (Naib Presiden PKR) sama jugalah, bila tampil menuduh ini sandiwara UMNO.  Kenapa Tien Chua?  Sebab cap jari Anwar Ibrahim dalam insiden ini boleh jumpa hampir dimana-mana.


Anwar jumpa Misuari, Misuari ‘racun’ Sultan Sulu supaya ceroboh Lajad Datu dan berlakulah insiden yang setakat ini mengorbankan 2 (atau 3) komando polis dan 12 anggota lanun Sulu itu.


Sebab itu Tien Chua dari PKR yang bercakap, bukan PAS atau DAP.


Betul, Kit Siang pun ada keluar kenyataan, tapi kenyataan Kit Siang lebih kepada mempersoalkan kenapa 2 kematian di kalangan anggota polis itu berlaku sedangkan polis ada kelebihan dari segi persenjataan dan logistik.  Kit Siang tak persoal sandiwara.


Penulis nak juga sentuh apa yang dicakapkan Kit Siang ini.  Kalau logik Kit Siang diguna pakai (enjoy superior security strength & logistic),Amerika sepatutnya menang di Vietnam sebab depa lebih superiordari segi persenjataan dibandingkan dengan Vietcong!!


Nampak tak bodoh tak bodoh Kit Siang?  Semua benda pun si vavi ni nak politikkan, budak mati (William) dia nak politikkan, polis terkorban pun dia nak politikkan juga.


Tapi masih lagi Kit Siang tak tuduh ini sandiwara UMNO, menunjukkan Kit Siang tak terlibat dalam hal ini.


Berbeza pulak dengan Tien Chua, dia tau ketua dia ada saham, cepat-cepat dia tuduh sandiwara UMNO dan bangkitkan persoalan-persoalan yang sebetulnya dia sendiri tahu jawapannya.  MO nya, serupa macam PAS dan peristiwa Jenalek tahun 2000.


Lepas ni siapa nampak Tien Chua, minta tolong ludahkan dia ya.


AL - FATIHAH ....



p/s - HARAP SB TIDAK AKAN BERDIAM DIRI. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH PR TERLIBAT...............HARAP ADA TINDAKAN DALAM MASA YANG TERDEKAT INI.............. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Pendekar Melayu Activity Feeds

PENDEKAR MELAYU : Recommendation Box

BLOG BN : Recommendation Box

BLOG BN Headlines

UMNO ONLINE Headlines

My Headlines 1

My Headlines 2

My Headlines 3

Latest News Updates (Headings Only)

Trendings

My Headlines (Utusan Online)

SH Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

MKini Headlines Feedburner