OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)

OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)
OPERASI PEMBERSIHAN PENCEROBOH TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU DI TIMUR SABAH, MALAYSIA.

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu di Sabah
Showing posts with label MELAYU TIDAK MUDAH LUPA. Show all posts
Showing posts with label MELAYU TIDAK MUDAH LUPA. Show all posts

Monday, 11 March 2013

SIAPA SEBENARNYA JAMALUL KIRAM lll


Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh ??

Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

 Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

 Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913. Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.

 Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.

Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM. Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit. Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

 Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini. Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif?

Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki. Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

 Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat. Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa.

 Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

 Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t. Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri. Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I.

Rujukan Artikel: http://tausug-global.blogspot.com/2013/02/laporan-akhbar-indonesia-dan-siapa.html


Admin : TKasih atas link.









 Pendekar Melayu 2013

Friday, 1 March 2013

NATIJAH FAKTA SEBENAR 13 MEI 1969


Sudah lama blog ini berehat dan sudah sampai masanya ia kembali berperanan dalam blogosfera untuk menyuarakan suara tuntutan hak orang asal negara ini, iaitu orang melayu di Semenanjung dan Primbumi yang lebih dari 60-70 kaum di Sabah dan Sarawak.
Blog ini diikhtiarkan sebagai reaksi dan jawapan kepada buku May 13 karangan anasir komunis, Dr Kua Kia Soong. Ketika itu, tiada usaha untuk menjawab buku itu dengan jelas dan bernas sekali.

Setelah sekian lama, blog ini menceburi lain-lain isu berkaitan hak Melayu, Islam, Sejarah, Perlembagaan dan  lain-lain.
Tahun lepas, satu usaha telah dilakukan untuk menjawab pemesongan fakta mengenai Mei 13, 1969 ini melalui media cinema iaitu filem Tanda Putera.

Malangnya, demi menjaga hati orang Cina, samada pihak DAP yang menentang penyiaran atau MCA/Gerakan yang takut akan reaksi pengundi Cina.

Selain dari pada masaalah kepimpinan Melayu kini yang pengecut dan abcul, ada pula pihak dalam kerajaan, khususnya Menteri Penerangan yang telah menahan pemnyiaran filem tersebut atas niat jahat dan dendam terhadap Pengarah Filem.

Sayang sekali kerana filem yang mahu mendedahkan kebenaran dan memberi penerangan sejarah kepada anak muda yang sudah lari dari realiti sejarah yang silam itu gagal mencapai objektif. Kebenaran ditahan dan kemungkaran berterusan.

Kini sebarang usaha untuk mendedahkan kebenaran Mei 13 atau mengingatkan rakyat untuk mengelak berulangnya peristiwa itu dilabelkan sebagai "raising the spectre of May 13" atau dianggap mengugut untuk ulangkan peristiwa Mei 13.

Mereka boleh memperkatakan mengenai Mei 13 dan memesongkan sejarah tetapi kita tidak boleh menegakkan kebenaran yang sudah diputarbelitkan demi politik perkauman pihak tertentu dan ketamakan pihak tertentu yang gilakan kuasa hingga menjaja bangsa dan penganut ugamanya.

Nampaknya usaha yang kami lakukan pada tahun 2007 sia-sia saja tetapi ianya tidak menjadi penghalang untuk kami teruskan perjuangan ini. Terpaksa kami teruskan usaha yang sudah makan masa lebih 5 tahun ini.

Menyedari ramai yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan tiada rujukan dari laporan MAGERAN  (National Operation Council), kami akan keluarkan laporan itu di blog ini.

Bermula dari hari ini, satu demi satu bab Laporan NOC akan disiarkan agar kita memahami apa yang berlaku.

Walaupun dikatakan ada maklumat yang masih ditahan dari disiarkan dan masih bertaraf CONFIDENTIAL, dipercayai ianya untuk mengelakkan dari pihak awam tahu sejauh mana teruknya keadaan yang sebenar.

,

TRAGEDI 13 MEI : MELAYU TIDAK MUDAH LUPA.


Tragedi Mei 13: Laporan MAGERAN



PENGANTAR

Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal keadaan secepat-cepatnya. Kalau bukan kerana langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan dengan segera itu maka sudah tentulah seluruh negeri ini tercebur di dalam malapetaka yang besar.

Ada juga diantara kita yang memandang bahawa tragedi ini dalam ertinya bagi dirinya sendiri. Akan tetapi kepentingan peristiwa 13 Mei janganlah hendaknya dirasakan oleh beberapa orang sahaja, bahkan setiap orang dari kita hendaklah menaruh insaf akan peristiwa ini. Pada hari itu kita disedarkan sehebat-hebatnya bahawa masalah perkauman di dalam negeri ini adalah suatu masalah yang amat berat dan segala langkah-langkah yang telah kita ambil di masa lampau sudah nyata tidak mencukupi.


Pergeseran antara kaum memang ada, tetapi kita terus menjalankan tugas masing-masing dengan harapan semoga bahang yang terpasang itu tidak akan meletus. Sejak Merdeka, cara kita hidup di negeri ini memang berdasarkan fahaman demokrasi dengan segala kebaikan yang ada padanya, dan juga berdasarkan sejarah yang membawa kepada perasaan rakyat pada hari itu, ia menyatakan apa yang berlaku pada hari yang mengandungi tragedi itu dan peranan Angkatan Tentera dan Polis dalam meredakan rusuhan dan membawa negeri ini kembali kepada suasana yang dapat dikawali secara tegas oleh Kerajaan, dan akhirnya ia menunjukkan jalan kearah mana Negara kita harus bergerak.

Pengajaran yang kita dapat dari kekacauan itu sudah nyata. Negara ini tidak sanggup mengekalkan suatu sistem yang membiarkan sebarang orang bertutur atau bertindak yang mungkin melagakan satu kaum dengan kaum yang lain. Kalau peristiwa 13 Mei ini hendak dielakkan daripada berlaku lagi, kalau Negara ini hendak selamat, mestilah kita pastikan supaya hal-hal yang mungkin menimbulkan ketegangan kaum tidak dipergunakan oleh golongan-golongan oppurtunis yang tidak bertanggungjawab. Kita hanya dapat menjamin hal ini dengan syarat supaya hal-hal ini tidak dapat digunakan oleh penghasut-penghasut perkauman antara kamunis dan sabversif-sabversif yang lain. Oleh itu, perlulah kita menyusun suatu peraturan politik yang realistik dan yang mempertimbangkan  sedalam-dalamnya akan segala keadaan masyarakat dan ekonomi rakyat kita dan yang berdasarkan pada suatu asas yang utuh dan bijaksana.
Laporan ini telah dibuat dengan penuh kesedaran bahawa perkara-perkara yang penting tidak boleh lagi “ disapu kebawah tikar” dan bahawa kenyataan-kenyataan 13 Mei mestilah disebarkan dengan luas kepada orang ramai. Dan lagi laporan ini telah ditulis dengan kesedaran bahawa matlamat kita kepada perpaduan kaum mestilah dihadapi dengan warasnya dan jalan-jalan lain yang terbuka dihadapan kita mestilah kita hadapi dengan tabah dan penuh tanggungjawab. Haluan negara kita mestilah kita rencanakan dengan usaha-usaha yang bersatu dari semua golongan rakyat Malaysia yang taat setia, dengan usaha-usaha yang tabah dan penuh kepercayaan.

Adalah menjadi tujuan Kerajaan, selapas pencetakan laporan ini, untuk menjemput semua wakil-wakildari semua golongan di negara ini, wakil-wakil dari golongan politik,agama, ekonomi dan lain-lain untuk memberikan sumbangan dalam satu Badan Perundingan (Consultive Council) dimana perkara-perkara yang melibatkan perpaduan negara kita boleh dibincangkan dengan sepenuhnya dan dengan ikhlas dan tidak secara selindung-menyelindungi. Dengan cara ini adalah diharapkan bahawa kita akan mencapai satu persefahaman diatas soal-soal Kebangsaan yang boleh menjamin keamanan, ketenteraman dan perpaduan negara kita pada masa hadapan dan bahawa tragedi 13 Mei tidak akan berlaku lagi.

Saya harap agar semua warganegara Malaysia akan memberi pemikiran yang mendalam terhadap matlamat ini supaya negara Malaysia akan terus menerus maju di dalam keadaan yang aman dan tenteram.
   

Tun Haji Abdul Razak Bin Dato’ Hussein,
Pengarah Gerakan Negara 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Pendekar Melayu Activity Feeds

PENDEKAR MELAYU : Recommendation Box

BLOG BN : Recommendation Box

BLOG BN Headlines

UMNO ONLINE Headlines

My Headlines 1

My Headlines 2

My Headlines 3

Latest News Updates (Headings Only)

Trendings

My Headlines (Utusan Online)

SH Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

MKini Headlines Feedburner