OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)

OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)
OPERASI PEMBERSIHAN PENCEROBOH TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU DI TIMUR SABAH, MALAYSIA.

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu di Sabah
Showing posts with label PENGGANAS SULU. Show all posts
Showing posts with label PENGGANAS SULU. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Pencerobohan Lahad Datu :PROSIDING BERMULA DI MAHKAMAH TINGGI TAWAU.

Pengganas Sulu Dah Mengaku.......








TAWAU 21 Mac - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu, Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan straight jacket seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan nothing to say (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.

 - BERNAMA


Admin - p/s - 'Mention Court' yang dijalankan pada hari ini diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang mewakili pihak Pendakwaraya. OKT ( Orang Kena Tangkap) tersebut akan dibacakan di bawah kesalahan Seksyen 130KA (Kanun Keseksaan) yang dibaca bersama SOSMA (Langkah langkah Pencegahan Khas)












Pendekar Melayu 2013

Sunday, 17 March 2013

Angkatan Bersenjata Malaysia Buli Pengganas Sulu ??




GEMPAR !!!!!  FILIPINA  ANCAM  MALAYSIA,  UGUT HANTAR  TENTERA !!!!

Filipina Ancam hantar tentera ke Sabah Kerajaan Filipina mungkin berhak menghantar pasukan tenteranya ke Sabah untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang didakwa didera dalam operasi keselamatan Malaysia di sana, menurut seorang senator Filipina hari ini.

Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

“Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.

Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata:

“Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat.”

Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.


Source :  http://borneoinsider.com/2013/03/17/one-more-terrorist-shot-dead/


Pendekar Melayu 2013

Saturday, 16 March 2013

HOT!!! : KANTOI!! BILA PUTERI JACEL DEDAHKAN SURAT PERJANJIAN SABAH MILIK MALAYSIA...?? #LahadDatu


PUTERI JACEL KIRAM DEDAHKAN SURAT PERJANJIAN SABAH MILIK MALAYSIA...?? TENTERA SULU HARAM CEROBOH SABAH.. MALAYSIA WAJID MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN SABAH

HOT : 

KANTOI!! BILA PUTERI JACEL DEDAHKAN SURAT PERJANJIAN SABAH MILIK MALAYSIA...?? #LahadDatu






Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-

"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASECOVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"


Diatas surat perjanjian itu tertera perkataan PERMANENT LEASE..pajakan selama-lamanya..Bukankah itu bermaksud Sabah milik Malaysia selagi ada bulan dan bintang...
Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997) menyatakan Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck. 


Kuasa mentadbir Timur Sabah berada ditangan Baron von Overbeck pada 1877.


Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari.


Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Suluk hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. 


Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu. 


Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British. 


Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa majority rakyat Sabah mahu merdeka dalam Malaysia- dan pilihan ini dihormati Kerajaan dan Rakyat Brunei...End of Story..
 




Admin - kesiannnn.................











Pendekar Melayu 2013

Monday, 11 March 2013

SIAPA SEBENARNYA JAMALUL KIRAM lll


Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh ??

Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

 Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

 Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913. Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.

 Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.

Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM. Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit. Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

 Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini. Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif?

Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki. Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

 Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat. Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa.

 Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

 Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t. Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri. Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I.

Rujukan Artikel: http://tausug-global.blogspot.com/2013/02/laporan-akhbar-indonesia-dan-siapa.html


Admin : TKasih atas link.









 Pendekar Melayu 2013

Wednesday, 6 March 2013

VISUAL SASPEK PENGGANAS DITAHAN HARI INI.


4 SUSPEK PENGGANAS DITAHAN TENGAHARI TADI





Admin PM : Banyak lagi liputan akan menyusul.........

Allahyarham Lt. Adnana Bin Saidi














Pendekar Melayu 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Pendekar Melayu Activity Feeds

PENDEKAR MELAYU : Recommendation Box

BLOG BN : Recommendation Box

BLOG BN Headlines

UMNO ONLINE Headlines

My Headlines 1

My Headlines 2

My Headlines 3

Latest News Updates (Headings Only)

Trendings

My Headlines (Utusan Online)

SH Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

MKini Headlines Feedburner