OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)

OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)
OPERASI PEMBERSIHAN PENCEROBOH TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU DI TIMUR SABAH, MALAYSIA.

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu di Sabah
Showing posts with label PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU. Show all posts
Showing posts with label PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU. Show all posts

Friday, 5 April 2013

Masih Ada 100 Anggota JSJ di Lahad Datu – Pengarah JSJ



KUALA LUMPUR, 4 April — Seramai 134 wira-wira Lahad Datu dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara diraikan dalam majlis menyambut kepulangan mereka di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, malam Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua mereka berkhidmat sejak 15 Feb lepas di kawasan Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan susulan pencerobohan kumpulan militan di timur Sabah.

“Jasa dan pengorbanan mereka amat dihargai termasuk sanggup meninggalkan keluarga tercinta,” katanya kepada pemberita pada majlis itu.

Beliau berkata buat masa ini, kira-kira 100 anggota JSJ masih bertugas dalam Operasi Daulat terutama untuk menjalankan tugas penyiasatan serta forensik.

Katanya, pasukan polis amnya serta anggota JSJ khususnya sentiasa bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa sekiranya khidmat mereka diperlukan dalam Operasi Daulat di Sabah.

Mohd Bakri turut berkata adalah penting bagi polis melengkapkan kertas siasatan bagi melicinkan proses pendakwaan terhadap kesemua pengganas bagi mengelak mereka terlepas akibat kekurangan bukti.

— BERNAMA






Pendekar Melayu 2013

Tuesday, 26 March 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU : PENDEDAHAN OLEH SEORANG 'PALAUK'.

TRIBUTE KEPADA PEJUANG YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU




Semakin hari semakin ramai individu tampil membuat pendedahan!!! Terbaru oleh seorang "PALAUK" yang telah didampingi oleh blogger "Mymassa". Harap pendedahan ini dapat membantu pihak keselamatan dalam menjejaki dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu yang melibatkan "individu" dari Malaysia.

Berikut pendedahan oleh MyMassa:

Seorang palauk yang mahir di laut antara laluan pulau-pulau Jolo, Indanan, Talipao, Zamboanga, Tawi-Tawi dengan pusat pertukaran barang di Tunku Lahad Datu, Tg. Labian, Kunak dan sekitar 50 pulau-pulau kecil di sekitar Semporna.

Palauk ini sangat mahir dalam bahasa Tau suq atau bahasa Bajau, dan bahasa Melayu pelat Sabah. Ketangkasannya menyelam dalam laut sangat mengujakan kami, orangnya kurus namun tenaganya amat luar biasa. Dia hanya menghisap rokok daun kadangkala Gudang Garam. 


Mereka akan sihat jika duduk di laut, sebaliknya kurang sihat jika duduk di darat

Kami cuba makan "Puttu" dan ikan "Kinnilao" dicampur limau dan cuka, boleh tahan sedap juga.

Dia kenal beberapa pengganas yang dibawa oleh Azumudie pengganas Kiram itu, katanya. 

Kami perturunkan beberapa ayatnya yang kami permudahkan untuk anda fahami.

"Mereka semua orang Miskin"

"Hari tu, mereka kasi banyak wang sama keluarga diorang di kampung sebelum pigi (pergi) perang. Lagi janji mau kasi wang kalau menang".

"Sekarang orang kampung dia sudah mati, aku baru pulang dari Patikul, dorang kuarga semua marah. Orang kampung Indanan pun marah".

" Mereka cari orang yang janji mau kasi wang. Mereka bilang orang Malaysia kasi wang banyak".

Kami menyebut beberapa nama yang disyaki, kami menyebut nama-nama Anwar Ibrahim, Nur Misuari, MNLF, Tian Chua, Sivarasa, Amir Bahar dan Musa.

"Dorang bilang Nur Miswari (Nur Misuari). Dorang bilang ada orang Malaysia macam Cina juga"


- SUMBER


Admin - Terima Kasih Belia Bangkit








Pendekar Melayu 2013

Tuesday, 19 March 2013

PM BIDAS PAS PERTIKAI SOAL MATI SYAHID PERWIRA NEGARA.


Pas Dibidas Hingga Soal Mati Syahid Pun Dijadikan Bahan Politik


PUTRAJAYA, 18 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai ‘syahid dunia’.

Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.

Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam ‘syahid akhirat’ kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan UMNO.

“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini.

Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.

“Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.

“Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.

“Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita member peluang untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.

“Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun,” katanya.












Pendekar Melayu 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Pendekar Melayu Activity Feeds

PENDEKAR MELAYU : Recommendation Box

BLOG BN : Recommendation Box

BLOG BN Headlines

UMNO ONLINE Headlines

My Headlines 1

My Headlines 2

My Headlines 3

Latest News Updates (Headings Only)

Trendings

My Headlines (Utusan Online)

SH Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

MKini Headlines Feedburner