OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)

OP DAULAT ( PERSPEKTIF PENDEKAR MELAYU)
OPERASI PEMBERSIHAN PENCEROBOH TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU DI TIMUR SABAH, MALAYSIA.

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu di Sabah
Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Lapuran Hari ke 22 OP DAULAT - Seorang dibunuh, 4 di tangkap dan 13 Mayat Pengganas Sulu dijumpai.

Beberapa Gambar Mayat Pengganas Sulu Didedahkan 
alt
KUALA LUMPUR 6 Mac - Kerajaan hari ini mengesahkan 13 kematian anggota pengganas Sulu dan mendedahkan beberapa keping gambar mayat dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal pagi semalam sehingga kira-kira 4 petang ini.
Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.
Walaubagaimanapun, Hishammuddin enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.
Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.
Beliau turut menunjukkan gambar seorang penceroboh yang ditembak mati pagi ini.
Gambar ketiga menunjukkan satu kawasan pengebumian yang tidak memperlihatkan sebarang mayat, namun operasi pembersihan itu mendedahkan terdapat tiga mayat di dalam kubur tersebut.
Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada hari Jumaat lalu.
Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.
SUMBER  : KL POS


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA












       Pendekar Melayu 2013

Wednesday, 6 March 2013

VISUAL SASPEK PENGGANAS DITAHAN HARI INI.


4 SUSPEK PENGGANAS DITAHAN TENGAHARI TADI





Admin PM : Banyak lagi liputan akan menyusul.........

Allahyarham Lt. Adnana Bin Saidi














Pendekar Melayu 2013

Tuesday, 5 March 2013

KETUMBUKAN TENTERA DARI SEMUA CAWANGAN DIHANTAR KE SABAH.


Krisis Lahad Datu: 7 Batalion Tentera Dikerah Bantu PDRM



Memerangi Pengganas Yang Menceroboh Tanahair Malaysia






Nampak gayanya kekuatan ATM di Lahad Datu diperkukuhkan. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebanyak tujuh batalion tentera dihantar ke Sabah bagi membantu pasukan polis. Lima batalion dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

“Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahad Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” katanya yang dipetik dalam laman Twitternya.



  GRUP GERAK KHAS










  Pendekar Melayu 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Pendekar Melayu Activity Feeds

PENDEKAR MELAYU : Recommendation Box

BLOG BN : Recommendation Box

BLOG BN Headlines

UMNO ONLINE Headlines

My Headlines 1

My Headlines 2

My Headlines 3

Latest News Updates (Headings Only)

Trendings

My Headlines (Utusan Online)

SH Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

MKini Headlines Feedburner