JUMAAT, 1 MAC 2013
TERKINI !!! SITUASI LAHAD DATU - 4.00PM
Dua komando polis maut terkena serangan mortar...
LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.
Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
- BERNAMA
Terkini !!! Lapuran dari admin :-
Kg. Tandou, Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Setakat pukul 8.00 malam dilapurkan oleh Media massa termasuk Buletin Utama TV3, RTM1 menyatakan 2 orang anggota Komando VAT69 PDRM telah terkorban juag seorang lagi yang dipercayai tuan rumah tempat Tentera Diraja Sulu berlindung manakala 3 lagi anggota keselamatan tercedera. Sebaliknya di pihak 'Penceroboh Sulu', seramai 2 orang telah terbunuh apabila pasukan keselamatan membalas tembakan akibat bertembung dengan penceroboh tersebut pada l/kurang pukul 930 pagi lantas berlakulah pertempuran selama 20 minit. Seramai 12 orang penceroboh telah dapat ditawan. Pertempuran tersebut telah dimulakan apabila penceroboh terserempak dengan pihak keselamatan lalu melepaskan tembakan. 3 anggota keselamatan telah dihantar ke Hospital Sandakan untuk rawatan.Setakat pukul 12.00 malam ini, keadaan 3 orang anggota keselamatan tersebut dalam keadaan stabil menurut kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Hamza Taib. Mudah mudahan mereka akan sembuh sepenuhnya dalam masa secepat yang mungkin.
Manakala di Pekan, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah memberi 'mandat penuh' kepada KPN (PDRM) dan Panglima ATM untuk mengambil langkah yang sepatutnya bagi mempertahankan tanahair dan kalau perlu menahan penceroboh penceroboh tersebut bagi menamatkan 'Invasion' ini.
Manakala Menteri Dalam Negeri (KDN) Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan bahawa Kerajaan tidak harus dipersalahkan setelah sekian lama bertahan dan bersabar dengan pihak penceroboh tersebut.
Sementara Menteri Luar Negara, Dato' Anifah Aman telah menghubungi pihak kerajaan di Filipina dan menyatakan bahawa pihak Filipina memahami dan akur akan tindakan pihak keselamatan Malaysia yang mempertahankan kawasan tragedi tersebut serta orang awam di persekitaran kawasan tersebut. Pihak Konsul Luar di Filipina juga telah mengesahkan persetujuan mereka di dalam sebarang tundakan pihak keselamatan Malaysia bagi menamatkan kemelut tersebut
Buat masa ini, terdapat lagi saki baki penceroboh yang masih berselindung di Kg. Tandou tersebut sementara itu dipercayai beberapa orang tentera Sulu telah melarikan diri ke arah laut di Perairan Sabah. Pihak keselamatan masih mengawal dan mengepung ketat kawasan tersebut bagi langkah langkah selanjutnya.
Bagi admin, kejadian ini telah di duga akan berlaku apabila jangkamasa waktu Pencerobohan di Lahad Datu tersebut telah berlaku terlalu lama sejak 12hb, February 2013 lagi untuk diambil tindakan oleh pihak keselamatan Malaysia.Maka apabila ia telah berlaku, harus di strategikan bagaimana untuk diselesaikan Pencerobohan ini samada bertindak secara 'Predicative dan Proactive' atau buang masa untuk sebarang rundingan. Persoalan di kepala admin yang bercelatu ini - Siapa sebenarnya yang terlibat di dalam pencerobohan baik di pihak Tentera Sulu dan juga pihak pihak di dalam negeri sendiri. Adakah ia bermotifkan politik??? Rakyat amat terancam dengan gejala gejala subversif yang boleh mengakibatkan perkara yang lebih buruk lebih lebih lagi negara sedang demam di dalam menghadapi PRU13 yang bila bila masa akan diumumkan.
Oleh yang demikian, diminta pimpinan negara akan mengambil langkah langkah pencegahan termasuk menahan orang orang yang terlibat bermotivkan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia maupun ahli
politik mungkin atau sesiapa jua pengkhianat negara tersebut !!!
Pendekar Melayu 2013
No comments:
Post a Comment